Tang Xing Huo merasakan dia seperti baru dipanah kilat. "APA BENDA NI BRO! BODOH, BODOH, BODOH! TAK GUNA KAU, GONG XU! KAU DAH GILA KE! Dara aku! Pergi mampus kau, Gong Xu!"
Tang Xing Huo menggosok bibirnya seperti orang gila.
Namun, reaksi Gong Xu lebih teruk daripada Tang Xing Huo. Dia menolak lelaki itu dengan begitu kuat, menyebabkan Tang Xing Huo hampir jatuh. Dia kemudian mula menyimbah air ke seluruh wajahnya. Dia kelihatan begitu jijik. "Tak guna! Gelinya…"
Tang Xing Huo meletup marah sebaik sahaja Gong Xu berkata begitu. "Apa? Kau yang rasa geli? Aku yang sepatutnya geli tahu tak! Kau yang cium aku tapi kau kata aku menggelikan. Biar betul kau ni?!"
"C-E-L-A-K-A!" Gong Xu membuka pili air itu hingga paling kuat dan meletakkan seluruh kepalanya di bawah air sejuk yang mengalir.
Tang Xing Huo melihat reaksi Gong Xu dan berkata lemah, "Gong Xu, awak memang dah jadi gay ke?"