Kepala Ye Wan Wan mula pening. Dia memicit dahinya sambil memandang Gong Xu yang tidak malu langsung dengan dirinya sendiri. Sebaliknya lelaki itu tampak begitu bangga. "Saya akan uruskan isu ni. Kamu semua tak perlu risau."
Hati Luo Chen akhirnya lega.
Lagipun, insiden ini berlaku disebabkan oleh dia…
Ye Wan Wan selepas itu memandang Luo Chen dengan tegas. "Luo Chen, kenapa dengan lakonan awak hari ni? Pengarah beritahu perkembangan awak tak berapa lancar dua hari ni."
Luo Chen berasa tertekan dan menunduk ke bawah. "Saya minta maaf, Abang Ye. Saya ada masalah sikit dalam adegan dengan Meng Xiao Rou. Saya memang tak berapa mahir dalam adegan melibatkan emosi macam tu. Saya dah banyak kali cuba berlatih, tapi saya masih tak boleh hayati watak tu…"
Ye Wan Wan memicit dahinya. Dia telah melihat rakaman NG sambil berbual dengan pengarah dan ia semua agak teruk.