'Bukan Abang Ye… patut suruh aku minta maaf ke…?'
Gong Xu sudah pun bersedia untuk dimarah teruk. Namun, Ye Wan Wan akhirnya memberi reaksi seperti ini. Bukan sahaja dia tidak memarahinya, dia juga telah menolak permintaan Wan Shan Shan.
Wan Shan Shan terus mengamuk. "Apa… apa awak kata? Awak tahu tak kesan dia kalau saya muat naik video ni? Macam mana awak layak jadi pengurus? Saya bagi satu lagi peluang…"
"Silakan," jawab Ye Wan Wan.
Tanpa kisah kepada Wan Shan Shan dan mereka yang lain, dia terus menoleh kepada Gong Xu dan Luo Chen dan berkata, "Kamu berdua, ikut saya."
"Baik…"
Luo Chen dan Gong Xu melihat satu sama lain kemudian terus menurut Ye Wan Wan. Dua pembantu itu juga turut mengikut sama.
Wan Shan Shan di belakang mereka menghentak kakinya dengan marah.
"Tak guna! Apa maksud semua ni? Dia ingat aku tak berani nak muat naik ke? Aku akan muat naik sekarang juga!"