Ling Shao Zhe sudah pun bergelar artis di tahap A. Akan tetapi, dia masih lagi menjadi bayang-bayang kepada seorang artis lapuk. Bagaimana dia boleh membiarkan sahaja perkara ini berlaku?
Memandangkan Wan Shan Shan yang memulakan konflik ini, Ling Shao Zhe sudah tentu akan merebut peluang ini dan menurut sahaja.
Krew penggambaran pasti akan menyebelahinya jika mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku, terima kasih kepada pangkatnya. Mereka tidak akan ambil kisah untuk melindungi artis lapuk seperti Luo Chen yang hanya berjaya mendapat watak pelakon tambahan.
"Kamu semua memang pembuli. Kamu semua yang cari pasal dulu!" Kemarahan Xiao Qing sudah sampai ke puncak.
Luo Chen berdiri membisu di situ. Walaupun dia pernah meletup terkenal satu ketika dahulu, dia masih tidak boleh dibanding dengan artis di tahap A seperti Ling Shao Zhe.
Dengan kedudukan dan status semasanya, dia tiada hak untuk melawan semula…
Dia hanya boleh meminta maaf…