Kematian Qing Qing menjadi punca perubahan hati Lin Luo Chen dan ia juga lubang yang paling besar dalam hatinya.
Selepas Lin Luo Chen menyertai kultus jahat, sikap dirinya telah berubah sepenuhnya. Dia tiada lagi emosi dan terus menolak cinta.
Suatu hari semasa bertarung, Lin Luo Chen tanpa disangka ternampak seorang anak murid dari satu sekta, Meng Xing Rou, yang begitu menyerupai Qing Qing.
Oleh sebab Meng Xing Rou sangat menyerupai orang yang dia cintai, Lin Luo Chen tidak membunuh gadis itu. Sebaliknya dia membawa gadis itu pulang ke kultus untuk dirawat.
Setelah mereka banyak menghabiskan masa bersama, Meng Xiao Rou perlahan-lahan mendapati Lin Luo Chen sangat berbeza dengan syaitan kejam yang dia selalu sangka. Selepas mereka berdua mulai rapat, Meng Xiao Rou mula menyimpan perasaan kepada Lin Luo Chen.