Selepas Ye Wan Wan keluar dari bangunan Hiburan Seluruh Dunia, dia terus menghubungi Ye Mu Fan untuk memberitahu keputusan mesyuarat sebentar tadi.
"Abang, saya dah uruskan semuanya di bahagian saya. Abang patut bersedia dan terus lapor diri untuk projek "Dinasti Makmur"."
"Apa?" Ye Mu Fan tergamam untuk beberapa saat untuk memahami kata-kata gadis itu. "Se-selesai?! Macam tu saja?! Jadi saya hanya perlu terus lapor diri ke? Tak ada ujian atau temu duga dulu?"
"Tak perlu, Chu Hong Guang sendiri dah bersetuju. Asalkan ni bukan jawatan penting, Chu Hon Guang tak akan kisah. Benda normal kalau dia guna benda ni untuk balas jasa saya."
Akan tetapi, peluang ini sangat bermakna kepada Ye Mu Fan. Sama ada dia merebut peluang keemasan ini atau tidak, semuanya terpulang kepada lelaki itu. Lagipun, bermula dari bawah mengambil masa yang sangat lama dan dia perlu menempah namanya dalam projek berpengaruh.