Keesokan paginya.
Ye Wan Wan perasan ada beberapa komen balas daripada posnya sebaik sahaja dia terjaga. Daripada orang gaji kepada pengawal, banyak yang meninggalkan komen kepada posnya.
Ketika itu, dia tiba-tiba tersedar yang dia tidak lagi berhubung dengan orang-orang yang dia kenal sebelum ini. Lingkungan kawannya sekarang semuanya ada kena mengena dengan Si Ye Han.
Ye Wan Wan menatal komen-komen itu dan ternampak Si Ye Han, yang tidak pernah pos apa-apa pada Momentnya sebelum ini, telah pos sesuatu : [Semoga awak diberikan kekayaan dan kecantikan sehingga hujung nyawa.]
"Pfft."
'Bukan dia simbol kekayaan dan kecantikan ke?
'Maksudnya dia sanggup biarkan aku bersama dengan dia hingga hujung nyawa aku ke?'
'Memang… satu berkat…'
Selepas bersiap, Ye Wan Wan turun ke tingkat bawah untuk mencari Si Ye Han. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik bacaan, seseorang sedang berjalan keluar.