Bandar Shen kebelakangan ini menghadapi pelbagai jenis isu dan memerlukan Si Ye Han turun ke sana sendiri untuk menyelesaikannya.
Semenjak berita penyakit kronik Si Ye Han tersebar luas, tiada lagi hari yang tenang untuk lelaki itu.
Dia belum mati lagi, tetapi orang-orang ini sudah mula tidak boleh dikawal. Mereka dalam diam-diam telah membentuk puak yang bersekongkol dengan kuasa luar. Jika Si Ye Han mati, punca utama keluarga Si musnah ialah disebabkan masalah dalaman.
Ye Wan Wan kembali ke taman Jin walaupun dia tahu Si Ye Han tidak akan sempat bergegas pulang hari itu.
Satu ketika dulu, tempat ini sebuah tempat yang paling dia benci dan takut. Tetapi sekarang, ia sebuah tempat yang menawarkan ketenangan kepada dirinya.
Dalam sekelip mata, tiga bulan telah berlalu semenjak perjumpaan keluarga Si.