"Tak ada apa-apa, Ayah. Jom balik!" Ye Wan Wan risau ibunya akan berasa tidak selesa dengan Liang Wan Jun dan Ye Yi Yi, jadi dia tidak mahu berlama-lama di situ.
Baru sahaja mereka mahu menapak pergi, Liang Mei Xuan tiba-tiba menjerit, "YE SHAO TING!"
Langkah Ye Shao Ting terhenti.
Liang Mei Xuan berkata dengan dingin, "Awak akan menyesal dengan keputusan yang awak buat masa tu!"
Ye Shao Ting berpaling. Pandangannya dingin tanpa sebarang kehangatan apabila dia menjawab, "Saya tak akan menyesal dengan keputusan yang saya buat. Kalau saya perlu menyesal tentang sesuatu, hanya satu. Bersetuju dengan permintaan Wan Jun untuk bagi awak tinggal dengan keluarga kami. Saya dah benarkan ular masuk dan tinggal dalam rumah kami!"
"Ye Shao Ting, kau…"
Ye Shao Ting tidak menghiraukan Liang Mei Xuan lagi. Dia memegang tangan isteri dan anak-anaknya tanpa menoleh ke belakang lagi.
…
Dalam kereta selepas menghantar ibu bapa mereka pulang ke rumah.