Chereads / Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 632 - Saya Rasa Dipersalahkan

Chapter 632 - Saya Rasa Dipersalahkan

"Ini… tak nampak macam awak." Liang Wan Jun menggeleng kepalanya.

Ye Shao Ting percaya sepenuhnya yang anaknya telah dianianya, jadi dia melaung, "Saya ingat kamu semua dah jumpa bukti kukuh. Tapi sebenarnya kamu cari orang yang hampir sama dengan anak lelaki saya?!"

Tanpa memberi peluang kepada Liang Mei Xuan dan Ye Shao An untuk mencelah, Ye Mu Fan terus membawa komputer riba itu kepada Tan Yi Lan dan Ye Hong Wei. "Atuk dengan Nenek tengok saya membesar. Cuba tengok orang dalam rakaman ni, orang tu saya ke?!"

Tan Yi Lan dan Ye Hong Wei menjadi lebih teragak-agak. Mereka lihat dengan lebih dekat orang yang muncul dalam rakaman dan membandingnya dengan cucu lelaki yang berdiri di hadapan mereka.

Mereka sendiri tidak pasti. Namun, setelah melihat betapa yakinnya Ye Mu Fan, kedua-dua orang tua itu merasakan orang dalam rakaman itu agak berbeza apabila lebih lama mereka merenungnya….

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS