Ye Mu Fan ketika itu sudah berputus asa. "Mana mungkin… mereka ada rakaman video tu sebagai bukti…"
Ye Wan Wan memandang lelaki di hadapannya dengan perasaan geram dan menghulur sehelai tisu. "Jangan banyak cakap. Saya cakap boleh, bolehlah!"
Ye Mu Fan mengambil tisu itu, berdiri dan memandang tepat ke mata penuh yakin adik perempuannya dengan wajah yang terkejut.
'Sejak bila adik perempuan aku yang selalu duduk bawah ketiak Ibu dengan Ayah, jadi begitu matang sampai ke tahap ni tanpa aku sedar langsung…?'
Lewat malam, Ye Wan Wan membawa Ye Mu Fan ke asramanya dan menegaskan beberapa kali kepada lelaki itu tentang apa yang patut dilakukannya esok sebelum beredar.
Taman Jin.
"Isu tu dah selesai?" Si Ye Han menoleh ke arah gadis itu.