Chapter 625 - Kesedaran Mengejut

Mereka pada mulanya begitu asyik beradu berahi sehingga mereka tidak kisah lagi dengan suasana di sekeliling mereka. Namun, apabila dua orang tiba-tiba muncul entah dari mana, sesiapa saja akan terkejut beruk.

He Jun Cheng sangat terkejut. Wajahnya pucat seperti hantu saat itu.

Selepas Shen Meng Qi kembali semula ke realiti, wajah kecilnya dipenuhi dengan perasaan sengsara dan sedih. Dia mula cuba menjelaskan apa yang berlaku, "Saya… dengar Abang Mu Fan… ini bukan macam yang awak fikir!"

Tiada langsung emosi di wajah Ye Mu Fan. "Bukan macam apa yang saya fikir?"

Shen Meng Qi tersedu-sedu dan bercakap dalam masa yang sama, "Betul. Abang kena percaya cakap saya. Saya mabuk masa majlis makan malam tadi. Saya tak tahu apa-apa…"

Ye Mu Fan melihat bagaimana sedihnya gadis itu. Jika ini berlaku di masa lepas, dia sanggup berbuat apa sahaja supaya gadis itu tersenyum semula.

Namun sekarang, wajah polos gadis itu membuatkan dia berasa loya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag