Liang Mei Xuan mengeluh, "Saya sendiri tak percaya Mu Fan akan buat benda macam tu. Tapi bukti dah ada depan mata. Dia yang curi maklumat sulit tu. Kakak ada apa-apa nak cakap?"
Wajah Liang Wan Jun berubah. "Ini… ini mustahil! Macam mana Mu Fan akan buat benda macam ni?!"
Namun rakaman kamera pengawasan itu sangat jelas. Orang yang menolak pintu itu adalah Ye Mu Fan.
Wajah Ye Shao Ting berubah pucat. "Mu Fan… kenapa buat benda ni…?"
Ye Hong Wei begitu marah sehingga dia melempar cawan teh di tangannya ke dahi Ye Shao Ting. "Memalukan! Ayah pada mulanya nak bawa Ye Mu Fan masuk balik ke dalam syarikat. Tapi nampaknya dah tak perlu. Dia tak mungkin akan ubah perangai dia! Walaupun keluarga Ye kita akan mati tanpa waris, kami tak akan biarkan orang macam dia untuk ambil alih keluarga ni! Paling tidak pun, kami akan ambil anak angkat anak Yi Yi dengan Yue Ze nanti!"
Hati Liang Mei Xuan begitu girang manakala mata Ye Yi Yi terus bertenaga.