Chapter 612 - Tiada Harapan

Namun, sebaik sahaja Shen Meng Qi berdiri, tubuhnya melayang dan tidak stabil sebelum akhirnya pengsan.

"Meng Qi!!!" Ye Mu Fan begitu terkejut dan bimbang sehingga wajahnya berubah. Dia terus menerpa gadis itu dan mengangkat Shen Meng Qi ke atas sofa. 

"Bangun, Meng Qi. Jangan takutkan saya…" Ye Mu Fan berasa panik.

Selepas beberapa ketika, Shen Meng Qi akhirnya sedar semula. "Abang Mu Fan, saya okey… saya pening sikit je… mungkin sebab saya tidur lewat…"

Ye Mu Fan menggepal penumbuknya. "Saya minta maaf, saya memang tak berguna. Sebab tu awak kena bekerja keras."

"Tak, Abang Mu Fan dah banyak tolong saya," kata Shen Meng Qi dengan lagak yang lemah-lembut.

Ye Mu Fan melihat wajah gadis itu yang pucat dan dia mendiamkan diri untuk seketika. Akhirnya, dia membuat keputusan dan berkata dengan nekad, "Meng Qi, jangan risau. Awak balik dulu dan berehat. Saya akan selesaikan masalah bidaan ni. Saya janji saya akan dapatkan bidaan Syarikat Ye!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS