Hen Jun Cheng merangkul pinggang Shen Meng Qi. "Ha, perempuan licik. Awak main-mainkan budak bodoh yang begitu kemaruk cinta dengan awak. Mestilah dia akan buat apa saja yang awak nak!"
Sudut mulut Shen Meng Qi terangkat dan dia kelihatan begitu senang hati. Ye Mu Fan jelas sekali sangat setia kepadanya.
Dia percaya jika dia meminta lelaki itu untuk membunuh dirinya sendiri, Ye Mu Fan tidak akan teragak-agak untuk melakukannya.
'Aku tertanya-tanya apa perasaan si perempuan sundal Ye Wan Wan lepas dia dapat tahu aku tengah main-mainkan abang dia.'
"Haha, si Ye Mu Fan tu kena cermin diri dia sendiri dulu. Dia ingat awak pun dilamun cinta dengan dia ke?" He Jun Cheng mendengus menyampah.
Sebelum Shen Meng Qi sempat menjawab, He Jun Chen telah menghulur tangannya ke dadanya dan Shen Meng Qi terus merintih manja dan wajahnya merona merah.