Dalam masa yang sama, di tingkat bawah.
"Memang sayang, Ketua Yuan Sheng. Pada mulanya, jawatan kapten pasukan hampir jadi milik Ketua. Tapi akhir sekali, si Ye Wan Wan tu naik gila dan tekad nak lawan Ketua!" kata salah seorang pengawal Pasukan Gelap 4 kepada Yuan Sheng.
"Ketua Yuan Sheng sebenarnya sengaja berlembut dengan Ye Wan Wan, kalau tak…"
"Hmm, kalau tuan besar yang lama masih ada, kita tak akan ada situasi macam ni. Pertandingan ni dah jadi macam permainan budak-budak. Perempuan tu sesuka hati masuk ke dalam gelanggang semasa perlawanan. Akhir sekali, jawatan kapten pasukan dah jatuh kepada si gagap yang tak boleh bercakap betul tu!"
"Diam!" Pandangan marah Yuan Sheng melewati setiap wajah di hadapannya dan wajahnya terus bertukar suram.
Ketika itu, Yuan Sheng begitu marah jika nama Ye Wan Wan dan Feng Xuan Yi disebut.