"Baiklah kalau macam tu!" kata Gong Xu dengan nada yang kecewa.
'Tapi aku nak sangat tahu…'
Selain daripada Pari Gula-Gula Plum, orang yang dia nak sangat jumpa ialah teman wanita legenda Abang Ye yang dikatakan sangat cantik…
'Haih, aku juga tertanya-tanya sampai bila Abang Ye berhenti fikir bukan-bukan pasal aku dan akhirnya kenalkan aku kepada Pari Gula-Gula Plum.'
Berkata tentang itu, perkara ini memang pelik. Dia telah berusaha dan menggunakan semua hubungan yang dia ada untuk mencari Pari Gula-Gula Plum, tapi dia masih tidak menjumpai gadis itu.
Sekarang, petunjuk yang dia ada hanyalah Ye Bai.
Gong Xu telah berjaya menjumpai cinta sejatinya, tapi syurga masih mahu menyeksa dia seperti ini…
'Mengapa jalan cinta ni aku susah sangat?!'
"En, saya putuskan talian dulu. Rehat awal, tidur lewat tak baik untuk kulit awak."