Si Ye Han kelihatan seperti dia tidak pernah menyangka dia akan mendapat jawapan seperti itu. Wajah dingin seperti bongkah ais itu dipenuhi dengan perasaan terkejut dan lelaki itu dalam keadaan bingung.
Ketika ini, pandangan Si Ye Han membuatkan Ye Wan Wan tenggelam dalam perasaan seperti dirinya sedang merentasi masa dan hatinya mula berdegup kencang tanpa boleh dikawal.
Sebelum otaknya sempat memberi reaksi, jawapan balas sudah pun keluar dari mulutnya, "Saya dah janji untuk pulihkan awak, jadi saya pasti akan lakukannya! Bukan awak cakap awak akan lindungi saya untuk selama-lamanya, ke? Saya nak awak sendiri lindungi saya, bukan guna benda-benda sejuk dan mati macam ni."
Ye Wan Wan bercakap sambil matanya perlahan-lahan berubah daripada teragak-agak kepada tekad…