"Bagaimana kami boleh berjumpa pula…"
Ye Wan Wan menarik nafas panjang dan terus menjelaskan, "Dia yang cuba pikat saya dulu. Pada mulanya, saya tak suka dia dan hubungan kami tak berapa baik. Lagipun, masa tu saya tengah teruk dilamun cinta dengan Gu Yue Ze dan berharap saya boleh selamatkan hubungan saya dengan dia. Saya buat banyak perkara bodoh. Saya juga telah sisihkan Ibu, Ayah dan Abang.
Itu saat paling teruk dan menyakitkan dalam hidup saya, tapi Si Ye Han masih berada di sisi saya dan tak pernah tinggalkan saya. Dia lindungi saya, jaga saya dan bertolak ansur dengan semua pukulan dan bebelan saya. Perlahan-lahan, saya terharu dan akhirnya terima dia…"
Si Ye Han yang mendengar dari tadi, menoleh kepada Ye Wan Wan yang fasih berkata-kata itu dan wajahnya ketika itu… tidak boleh digambarkan…
Ye Wan Wan merenung lelaki itu. 'Kenapa tengok aku macam tu? Aku salah cakap ke?
'Dia bekerja dekat Syarikat Si, kan?