Selepas melihat pandangan mendesak Ye Wan Wan, Si Ye Han bangun dan memohon untuk pergi ke tandas.
Setelah berfikir panjang, lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka grup sembang WeChat yang terdiri daripada tiga orang, di mana dia tidak pernah bersuara sebelum ini.
[Si Ye Han : Macam mana saya nak berikan pandangan yang baik?]
…
Masa yang sama, dalam satu bar.
Lin Que sedang membelek telefon bimbitnya kerana bosan apabila tiba-tiba, dia ternampak sesuatu pada telefon bimbitnya. Dia terus tersembur wiski pada Xie Zhe Zhi yang berada di hadapannya. *Pffftt* "Celaka!!!"
"Eh… Lin, kenapa kau pengotor sangat ni?" Xie Zhe Zhi menepuk sut mahal yang dipakainya dengan perasaan meluat.
Lin Que melaung dengan tidak sabar, "Tak… cepat, baca grup sembang!"
Xie Zhe Zhi mengeluarkan telefon bimbitnya dengan malas. "Grup mana?"