'Aduh…'
Sebelum ini dia sibuk dengan mengulang kaji pelajaran dan bekerja. Alasan apa lagi yang dia ada sekarang?!
Telefon bimbit itu berdering beberapa kali sebelum Ye Wan Wan mengangkat panggilan itu dengan tidak rela. "Helo, Ibu…"
"Wan Wan, awak sibuk hari ni?"
Ye Wan Wan tidak berani menjawab terus soalan itu. Sebaliknya, dia bertanya dengan serius, "Kenapa, Ibu?"
Liang Wan Jun menjawab, "Ibu ada kait baju sejuk untuk awak. Bila awak ada masa tak untuk balik dan ambil?"
"Oh, mungkin dalam dua hari lagi. Tak boleh tunggu sampai hujung minggu ke?" tanya Ye Wan Wan.
"Boleh! Apa kata awak bawa teman lelaki awak sekali?" Liang Wan Jun cuba mencucuk.
Ye Wan Wan. "..."
'Memang akan kena punya…'
Ye Wan Wan terbatuk kecil. "Hujung minggu? Dia bekerja lebih masa beberapa hari ni dan mungkin tak sempat…"
"Oh…" Liang Wan Jun kedengaran sedikit kecewa.