Walaupun ini hanya satu perubahan kecil, ia telah memberi perasaan puas hati kepada diri Ye Wan Wan.
Di kehidupannya yang lepas, dalam dunia yang bercelaru itu, dia telah hilang nilai sebenar dirinya dan semua orang menafikan semua perkara yang dia lakukan. Dia seperti sampah tak berguna yang perlu menurut apa sahaja yang orang lain mahukan. Ia sangat teruk…
Sebelum ini, dia tiada pilihan lain dan dipaksa tunduk menurut takdir. Namun sekarang, dia tiba-tiba berasa berbeza.
'Mungkin…
'Berada di sisi Si Ye Han tidak seteruk seperti apa yang aku jangka…'
"Cik Wan Wan, jangan lupa janji kita ya!" Semua orang bersorak dengan gembira.
Selepas itu, seseorang mencadangkan, "Mari kita pergi minum dan raikan!"
"Hahaha, boleh! Malam ini kita minum sampai kita mabuk!"
Si Gagap melompat ke sisi Ye Wan Wan mengajaknya bersama. "Ciii-cikgu… awak… boleh… ikut… dan minum sekali…"
Ye Wan Wan bertanya, "Minum?"