'Cik Puan, boleh tak jaga air muka saya? Saya pengacara majlis hari ni…'
Namun sayang, Ye Wan Wan tetap berdegil dan kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk bertarung.
Xu Yi tiada pilihan lain selain daripada mengalah. "Tunggu sebentar, saya akan minta arahan seterusnya."
Xu Yi menapak keluar dan terus menghubungi tuannya.
Selepas dua deringan, Si Ye Han terus menjawab panggilan.
Xu Yi berkata dengan cemas, "Helo, Tuan… Tuan ke-9…"
"Kenapa?" Suara milik lelaki itu kedengaran di hujung panggilan.
'Apa lagi?! Isteri awak buat masalah lagi. Saya mungkin tak boleh kawal situasi ni lagi!
'Macam mana benda ni boleh jadi apabila dia hanya penonton? Saya rasa nak nangis sekarang tahu tak?'
Xu Yi mengadu tanpa henti dalam hatinya, tapi dia perlu menimbus semua yang terbuku.