Chapter 570 - Jangan Hina Dia

Wajah Ye Wan Wan ketika itu berubah dingin. "Xu Yi, boleh ke orang macam ni sertai Pasukan Gelap? Bukan cara ni melanggar peraturan ke?"

Xu Yi menggeleng kepalanya. "Walaupun itu betul, peraturan hanya nyatakan yang senjata api dan pukul curi sahaja yang tidak dibenarkan masa bertarung…"

Bunyi badan dihentak bergema apabila Sebelas tertiarap ke sisi gelanggang selepas menerima satu tumbukan.

Yuan Sheng ketawa, berjalan menghampiri dan memijak muka Sebelas. "Belum mengaku kalah lagi ke, kapten pasukan?"

Sebelas menongkat bangun dan sekali lagi berdiri dengan terhuyung-hayang. Peluh mengaburi matanya dan semua benda yang berada di hadapannya dalam keadaan kabur.

"Kau memang sengaja nak tempah maut!" Yuan Sheng mencemuh. Sesaat kemudian, kedengaran bunyi libasan. Jari-jemarinya Yuan Sheng seperti cakar helang apabila ia bergerak laju menuju ke arah cincin kapten pasukan yang tersarung di jari Sebelas…

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS