Chapter 564 - Pukul Saya

Walaupun dia tidak gembira, ketua Pasukan Gelap 3 itu tidak bercakap banyak.

"Awak layak dipuji untuk keberanian awak." Dia mengangguk dan menggamit Si Gagap dengan jarinya. "Mari serang saya."

"A… awa… awak… awak serang… dulu…" kata Si Gagap.

Si Gagap ada Ye Wan Wan sebagai gurunya. Mereka yang lain pastinya tidak tahu yang Si Gagap belajar cara untuk menyerang balas daripada Ye Wan Wan dan bukan menyerang terlebih dahulu,

"Tsk, tsk." Ketua Pasukan 3 itu ketawa mengejek. "Sebagai ketua Pasukan Gelap 3, sudah tentu saya kena bagi awak serang dulu. Kalau tak, nanti orang panggil saya pembuli."

"Ttt-tak… tak payah… me… menga… mengarut. Saya bi… biar… aw… awak… serang dulu… jadi… ma… mari… mari serang… saya… ka… kalau… awak berani!"

Nada suara Si Gagap sangat provokatif, sengaja mahu mencari pasal. Hampir sama dengan teknik yang Ye Wan Wan gunakan.

Semua orang terkejut.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS