Chapter 560 - Serangan Balas

"Kap… kap… kapten… ja-ja-jangan… biarkan… emosi…" Si Gagap berdiri di bawah gelanggang dan boleh melihat pertarungan tadi dengan lebih jelas. Jadi dia mahu memberi pendapatnya.

"Awak… patut biarkan cikgu yang bercakap…" kata Sebelas.

"Ba… baik… baiklah…" Si Gagap mengangguk.

"Apa yang Si Gagap cuba cakap, jangan biarkan emosi mengaburi kemahiran awak. Bila awak bertarung, abaikan semua emosi awak sepenuhnya," sambung Ye Wan Wan.

"Baik!" Sebelas terus mengangguk.

"Lagi sekali!" Ye Wan Wan menggamit Sebelas dengan jarinya.

"Cikgu, kenapa awak tak nak serang dulu?" Sebelas ketawa.

Sepanjang masa dia berlatih dengan Ye Wan Wan, gadis itu selalunya akan menerima serangan dan tidak pernah menyerang dahulu.

Kali ini, Ye Wan Wan menggeleng kepalanya.

Bukan dia tidak mahu menyerang dahulu. Tetapi apabila tubuhnya terasa terancam barulah badannya akan bergerak dengan sendiri.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS