Apabila melihat Qin Ruo Xi masih menyebelahi tuan muda mereka walaupun setelah sampai ke tahap ini, kebencian semua pengawal peribadi yang hadir kepada Ye Wan Wan kian menggunung dan telah sampai ke puncak.
"Hari ini, seluruh Pasukan Gelap 1 dah berlindung di bawah Ye Wan Wan. Kalau macam tu, kita akan cuci Pasukan Gelap 1 sampai betul-betul bersih."
Liu Ying kemudian menoleh kepada Yuan Sheng. "Awak dah agak lama menuntut dengan Cik Ruo Xi. Jangan hampakan Cik Ruo Xi dan saya kali ni. Awak mesti jadi ketua Pasukan Gelap 1."
Yuang Sheng mengangguk dan menjawab, "Jangan risau, Kapten. Sebelas tak berguna. Memang senang nak balun dia nanti."