Qiao Ke Xin dan Han Xian Yu memandang satu sama lain dengan keliru.
"Apa yang berlaku?"
Kedua-dua mereka dan orang lain yang tidak tahu apa-apa terus mengeluarkan telefon bimbit masing-masing untuk memeriksa. Selepas mengetahui apa yang berlaku, wajah mereka sahaja sudah cukup untuk menzahirkan perasaan terkejut.
Ye Wan Wan berdiri di situ tanpa sebarang perasaan.
Qi Mei Lin merayu seperti perempuan gila, "Pengarah Ye, cepat minta tolong orang padam semua gambar tu…"
Wajah Ye Yi Yi suram. "Sudah terlambat…"
Perkara ini tersebar dengan begitu cepat dan perhatian semua orang sedang terarah kepada majlis anugerah Orkid Emas. Skandal Qi Mei Lin pula terus meletup sebaik sahaja majlis tamat.
Seperti yang dijangka, sebaik sahaja dia membuka laman sesawang dan blog yang popular, carian "parti liar Qi Mei Lin", "Qi Mei Lin mengambil dadah" dan carian lain yang sewaktu dengannya menjadi lebih tular dengan setiap saat.