Chereads / Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 547 - Saya Sangat Berharap Saya Menang Anugerah

Chapter 547 - Saya Sangat Berharap Saya Menang Anugerah

Ketika itu, Ye Wan Wan baru teringat dia memang ada bertaruh. Han Xian Yu juga ada mengingatkan dia berkenaan perkara itu, tetapi dia terlalu sibuk dan lupa langsung mengenainya.

"Adoi… awak pasti ke? Awak pasti saya bertaruh macam tu dengan Kak Xin?" Ye Wan Wan masih merasakan ia sesuatu yang sukar untuk dipercayai.

Han Xian Yu mengangguk. "Mestilah saya pasti! Saya ingat dengan jelas, okey. Bila awak bertaruh macam tu, muka Kak Xin merah padam disebabkan godaan awak!"

Ye Wan Wan. "..."

Han Xian Yu mengelak daripada Qiao Ke Xin dan memujuk Ye Bai dengan perlahan, "Apa pun, awak dah bertaruh. Nasib baik peluang Kak Xin untuk menang tak terlalu tinggi!"

Mengatakan Qiao Ke Xin tidak mempunyai peluang yang tinggi hanyalah untuk mengambil hati gadis itu. Semua orang merasakan ia sesuatu yang mustahil. Tidak kira betapa popularnya filem berkenaan, mendapat anugerah untuk filem komersial ialah sesuatu yang hampir mustahil.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS