Ye Wan Wan perlu menghadiri Majlis Anugerah Orkid Emas malam itu. Selepas latihannya tamat, gadis itu terus menukar pakaian sukannya kepada pakaian lelaki.
Dalam bilik tidur utama, Si Ye Han baru sahaja selesai sesi terapi akupuntur. Di atas tubuhnya kelihatan begitu banyak tompokan biru gelap disebabkan oleh jarum akupuntur.
Ye Wan Wan ada sedikit fobia kepada jarum. Oleh sebab itu, dia tidak akan menemani Si Ye Han setiap kali lelaki itu melalui sesi terapi akupunturnya.
"Sakit tak?" Ye Wan Wan duduk di sebelah lelaki itu dan bertanya.
Si Ye Han sedang membutangkan kemejanya dan menjawab dengan tenang. "Saya tak apa-apa."
Ye Wan Wan mengerutkan keningnya. "Apa kata kalau… saya teman awak selepas ni?"
Si Ye Han melirik kepada gadis itu dan menjawab, "Tak perlu. Nanti saya perlu uruskan awak kalau awak pengsan."
"..." Ye Wan Wan dihambat bisu. 'Dia memang macam robot.'