Apabila dia melihat Ye Wan Wan masih mahu bercakap, Sebelas terus berpaling kepada pengawal lain dan mengarahkan, "Kamu semua, datang sini dan bertarung dengan Cik Wan Wan."
"Huh?!"
Pengawal yang sejak dari tadi ketawa dengan gembira, kini senyuman kaku kelihatan di wajah mereka.
Mereka tidak lagi ketawa. Ye Wan Wan mempunyai bakat yang begitu pelik dan mereka menyaksikan sendiri bagaimana Sebelas tidak boleh menandingi gadis itu. Jika mereka perlu masuk, bukankah itu hanya meminta diri mereka dibelasah?
Namun itu arahan daripada Sebelas, semua pengawal peribadi ini tidak boleh membantah. Mereka hanya boleh bersedia dan masuk ke dalam gelanggang.
*Dush!"
*Boom!"
*Thump!*
Jeritan tanpa henti semua pengawal itu kedengaran bergema dalam bilik latihan.
Tujuh minit kemudian, wajah beberapa pengawal sudah lebam dan biru seperti Sebelas. Mereka semua melihat Ye Wan Wan dengan penuh kagum dan hormat.