Jantung Ye Wan Wan mula berdegup deras sekali lagi dan dia bertanya dengan gelisah, "Siapa…?"
"Kawan awak, Si ke-9," jawab Han Xian Yu.
Ye Wan Wan tersentak. 'Han Xian Yu cam Si Ye Han? Jadi aku juga dalam bahaya?'
Namun, penampilan Si Ye Han sangat unik. Tidak pelik jika dia terus dikenali.
Han Xian Yu menyambung, "Dia datang dengan teman wanita dia dan duduk di belakang kami. Tapi ada ramai orang jadi saya tak pergi sapa."
Daripada nada suara Han Xian Yu, lelaki itu mungkin tidak mengenali dia. Ye Wan Wan menghela nafas lega. "Kebetulan betul!"
"Saya nampak dia begitu mesra dengan teman wanita dia dan saya telah dilempar dengan tahi anjing. Saya tak sangka kawan awak yang pendiam dan dingin itu akan begitu ghairah dengan teman wanita dia!" kata Han Xian Yu dengan terkejut.
'Huh? Si Ye Han… ghairah?'