Chapter 526 - Janji Temu

Setelah berbual dengan Xu Yi, Ye Wan Wan terus ke tingkat atas.

Sebaik sahaja gadis itu masuk ke bilik, Ye Wan Wan terus membebel tanpa henti kepada Si Ye Han. "Saya dah balik… saya balik selepas kenyang makan makanan anjing! Si budak tak guna Chu Feng tu sebenarnya cuba nak dapatkan album bertandatangan Han Xian Yu untuk Yan Ran daripada pembantu Han Xian Yu. Awak percaya tak? Sia-sia saja saya risau!"

Pandangan Ye Wan Wan jatuh kepada sesuatu dalam tangan Si Ye Han dan gadis itu terus mengerutkan kening. "Kenapa awak tengok semua dokumen tu lagi?"

Si Ye Han meletak timbunan kontrak itu ke bawah. "Saja baca."

Ye Wan Wan kelu. "Awak tak ada hobi lain ke selain bekerja?"

Dia sudah lama mahu bertanya soalan ini.

Si Ye Han berfikir dengan serius kemudian berkata, "Hobi?" 

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS