Selepas berfikir panjang, Ye Wan Wan memutuskan untuk tidak memberitahu mereka mengenai penyamaran dia menjadi lelaki buat masa sekarang. "Saya baru saja masuk industri ni, jadi saya tak begitu menyerlah sekarang. Saya akan beritahu kamu semua bila saya terkenal nanti."
Jiang Yan Ran teringat sesuatu dan menoleh kepada Ye Wan Wan, "Oh ya. Wan Wan, awak kata awak akan ambil saya bekerja dengan awak di masa depan. Awak tak lupa, kan?"
Ye Wan Wan ketawa kecil. "Mestilah tak. Yan Ran, awak tak perlu tergesa-gesa untuk debut sekarang. Awak fokus dulu untuk belajar perkara asas. Bila awak tamat pelajaran nanti, saya akan lebih kukuh dalam industri hiburan dan awak boleh bekerja dengan saya masa tu."
Ye Wan Wan terhenti kemudian melihat kepada gadis di sebelahnya dan menyambung, "Saya ambil awak supaya awak boleh menderita bersama-sama dengan saya ya!"