Chu Feng mengambil telefon bimbit Ye Wan Wan dengan perasaan teragak-agak. Selepas melihat gambar berkenaan, wajah lelaki itu terus berubah. "Ini…"
"Awak ada benda nak jelaskan? Saya ingat awak akan setia pada Jiang Yan Ran. Sebab tu saya cuba satukan kamu berdua. Tak banyak masa berlalu tapi awak dah main kayu tiga?" Ye Wan Wan menjeling dingin kepada lelaki itu.
Chu Feng tergamam. "Tak… tak! Bukan macam tu! Macam mana saya boleh main kayu tiga?!"
Wajah Ye Wan Wan tidak berubah. "Bukan macam tu? Jadi apa lagi? Yan Ran sendiri nampak awak membeli-belah dengan perempuan ni. Dia hubungi awak, awak tipu dan kata awak dekat rumah!"
Jelas sekali Chu Feng tidak tahu yang dia telah dilihat oleh Jiang Yan Ran. Perkara itu berlaku tiga hari yang lepas, namun Jiang Yan Ran tidak menimbulkan perkara ini kepadanya selepas gadis itu mendapat tahu.