Sebelas yang ketika itu berasa takut dan putus harapan itu juga sedar dengan perkara itu.
Dia cuma tidak percaya yang gadis manis ini boleh bertukar menjadi dewa maut dengan tiba-tiba dan menjadi begitu menakutkan.
Dia bukan seperti semasa perjalanan ke negara B. Itu semua hanya lakonan.
Semua orang kelihatan bingung, tidak percaya yang gadis manis dan suka merengek ini orang yang sama tinggal dengan mereka.
Sebelum Ye Wan Wan melakukan serangan maut terakhirnya, Xu Yi melangkah ke hadapan dan menghadang Sebelas. "Cik Wan Wan! Jangan!"
Ye Wan Wan terhenti. Dia merenung Xu Yi dengan pandangan kosong dan teragak-agak untuk seketika.
Xu Yi menghela nafas lega. "Wan…"
Namun, sebelum dia sempat menghabiskan ayatnya, dia sudah disepak melayang oleh gadis itu.
Xu Yi terjelepuk di atas lantai di sebelah Liu Ying.