Liu Ying mengerang dan cuba sedaya upaya untuk bangun. Dalam masa yang sama, Song Jing tidak berani membuang masa dan kedua-dua lelaki itu menyerang gadis itu bersama-sama.
Walaupun mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku, mereka pasti jika mereka mengaku kalah di saat ini, mereka akan mati pada bila-bila masa saja. Tapi jika mereka terus melawan…
Mereka mungkin boleh melewatkan kematian mereka…
Suasana semasa dalam bar itu, ada yang melarikan diri sementara yang lain berdiri membatu dengan perasaan takut apabila melihat gadis kecil itu memusnahkan tempat ini seorang diri…
Dua orang lelaki itu hampir dipenuhi dengan darah, lebih-lebih lagi lelaki yang kelihatan lebih hebat itu…
Ketika itu, kedengaran beberapa derap kaki menghampiri pintu.
Apabila Sebelas dan Xu Yi bergegas ke mari dengan bantuan, apa mereka nampak ialah suasana huru-hara di bar dan lantai yang dipenuhi dengan pengawal peribadi.