"Macam mana? Cukup mendebarkan tak, cukup menggoda tak?"
Nada suara bersahaja dan selamba gadis itu seperti dia bertanya, "macam mana cuaca hari ni," namun ia membuatkan Chen Shi Jie merasakan ia suara yang datang dari neraka.
Song Jing pada mulanya mahu bergegas menyelamatkan Ye Wan Wan. Tapi sekarang, dia berdiri membatu di situ dan matanya hampir terkeluar.
"Ya… ya…"
'Hebatnya!!!
'Ye Wan Wan telah membelasah semua lelaki itu dengan lincah dan pergerakan dia begitu semulajadi.
'Tapi… apa yang sebenarnya berlaku ni?!
'Kenapa gadis manis dan lembut ini tiba-tiba berubah seperti dia baru saja dirasuk dewa maut?'
Dia menoleh kepada kaptennya dengan wajah yang kelu dan perasan lelaki itu lebih terkejut daripada dirinya. Kaptennya betul-betul tergamam.
Rasa sakit dan perasaan takut telah menyebabkan Chen Shi Jie memeluk tangannya dan meraung kesakitan. "AH! Cukup… cukup…"