'Lari… cepat lari...'
Reaksi semua orang bawahan Chen Shi Jie ketika itu ialah cuba melarikan diri…
Namun, pergerakan gadis ini terlalu lincah. Mereka semua akhirnya meraung kesakitan di atas lantai sebelum mereka sempat bergerak.
"Ah—"
"Maafkan… maafkan saya… jangan bunuh saya… jangan bunuh saya…"
Gadis itu menjungkitkan kening dan matanya melewati semua orang yang berada di atas lantai seperti dia sedang melihat semut. Dia kelihatan seperti sangat kecewa. Suara merdu gadis itu keluar daripada bibir merahnya yang seperti ceri, "Tsk, bosan…"
Tiada seorang pun daripada mereka boleh berlawan…
Dalam hanya beberapa minit, gadis itu seperti baru sahaja menampar lalat dan lebih daripada sepuluh orang lelaki tegap, sama ada dalam keadaan memeluk lutut mereka atau bergolek kesakitan di atas lantai. Pelanggan lain juga mula menjerit dengan panik dan seluruh tempat itu menjadi kacau bilau.