Song Jing baru mahu melangkah untuk masuk campur. Tapi akhirnya, apa yang dia nampak, Chen Shi Jie telah dihumban di hadapan matanya.
Dia nampak dengan jelas bagaimana pergelangan Chen Shi Jie telah dipulas ke sudut yang pelik oleh Ye Wan Wan. Ia sudah tentu telah patah!
Dia patahkan macam itu saja!
Bukan saja Song Jing, tapi wajah tiada perasaan Liu Ying juga berubah kaku.
'Apa… apa yang baru berlaku?'
Suasana sunyi berlalu buat beberapa ketika, barulah orang bawahan Chen Shi Jie kembali ke dunia nyata.
'Apa jadah? Macam mana perempuan tu buat macam tu tadi? Macam mana orang lelaki besar macam Tuan Muda Chen dibelasah dan dihumban?'
Si rambut perang tidak punya masa untuk berfikir. Dia terus berlari dengan gelisah untuk melihat keadaan Chen Shi Jie. "Tuan Muda Chen! Tuan Muda Chen, bangun…"