Minda Ye Wan Wan seperti sedang berada dalam pusaran, mungkin kerana kesan daripada minuman keras yang lambat bertindak. Dia terbaring di atas lantai dan mula berhenti melawan....
"Hehe, gadis yang begitu cantik…"
Alkohol berwarna emas pudar itu telah membasahkan baju gadis itu, menampakkan kulitnya yang berkilau bak jed putih. Keadaan ini lebih mempersonakan semua lelaki yang melihat. Kedudukan gadis itu yang mengerekot dalam kesakitan lebih merangsangkan naluri masokis Chen Shi Jie.
"Cantik… terlalu cantik…" Chen Shi Jie menghulurkan tangan, kelihatan begitu teruja.
Namun, dia sudah tentu perlu meninggalkan hidangan terbaik untuk terakhir sekali.
Dia akan mula dengan pembuka selera.
Chen Shi Jie berpaling dan mula berjalan ke arah Jiang Yan Ran.
"Oh, oh, oh…"
Ketika itu, suasana dalam bar itu sudah sampai ke tahap kemuncak dan semua orang melolong dengan teruja.