Pada mulanya Ye Wan Wan boleh lagi melawan. Namun tidak lama selepas itu, dia mula kalah.
Chen Shi Jie dan orang bawahannya hanya berdiri di situ dan tidak berhenti ketawa apabila melihat dia cuba menentang.
Selepas beberapa ketika, Chen Shi Jie mula hilang sabar dan matanya mula bertukar jahat. "Hehe, panas baran rupanya. Awak tak nak ikut tuan muda awak ya? Tak apa! Saya… akan uruskan awak dekat sini saja!"
Chen Shi Jie tidak berasa takut apabila dia mula bermain. Dia pernah berbuat begini di tempat awam beberapa kali sebelum ini. Dia juga pernah mengadakan parti membuat perkara menjijikkan kepada perempuan di hadapan khalayak ramai. Dia akan berasa begitu seronok melakukannya.
Orang bawahannya mula melolong seperti serigala selepas dia berkata begitu.