Ye Wan Wan bersandar di kerusi belakang dan merehatkan matanya. Manakala Liu Ying duduk di kerusi hadapan dengan muka tidak berpuas hati. Salah seorang orang Liu Ying, Song Jing, memandu kereta.
Song Jing melirik ke cermin pandang belakang dan berkata perlahan, "Erm jangan marah lagi, Kapten. Tuan suka dia, apa kita boleh buat?"
"Diam!" Liu Ying jelas sekali tidak ada mood.
Dia terpaksa mengiringi perempuan ini, satu penghinaan kepada dirinya.
"Oh…" Song Jing berhenti bercakap.
Kereta itu meluncur di atas jalan untuk beberapa ketika dan Song Jing bercakap sekali lagi kerana dia tidak suka suasana senyap seperti ini. "Kapten, walaupun saya rasa dewi Ruo Xi yang paling layak jadi puan besar keluarga Si, Ye Wan Wan pun boleh tahan apa?