Kali ini, Ye Wan Wan kelu.
Kalau tak ada benda mencurigakan yang berlaku, kenapa Chu Feng menipu?
Tapi hati Ye Wan Wan kuat mengatakan ada salah faham yang berlaku dalam isu ini.
'Di kehidupan aku yang lepas, Chu Feng begitu setia kepada Jiang Yan Ran. Macam mana dia boleh buat sesuatu macam ni?'
Muzik di hujung panggilan semakin bingit dan Ye Wan Wan berkerut. "Awak dekat mana sekarang?"
"Bar Scarlet…" Jiang Yan Ran kedengaran seperti sedikit mabuk.
Ye Wan Wan mengerutkan keningnya. Terlalu bahaya jika Jiang Yan Ran berada seorang diri di bar dalam keadaan seperti itu.
"Okey, saya pergi sekarang."
Ye Wan Wan menamatkan panggilan sejurus habis bercakap.
Sebelum dia sempat berkata apa-apa, suara Si Ye Han kedengaran di telinganya, "Biar Xu Yi bawa awak."
Ye Wan Wan mengangguk dan mencium pipi Si Ye Han. "Saya pergi tengok apa yang berlaku. Saya akan balik kejap lagi."