Chapter 5 - Citarasa Tersendiri

Xu Yi yang sedang bersembunyi, "!!!"

Bu… Bunga Peony!!!

Aduh! Wanita ini sungguh pelik hari ini, adakah telah disihir?

Bagaimana dia boleh banding bos dengan bunga Peony?!

Bos memang tampan, walaupun dari pandangan lelaki. Tapi walaupun dia kacak, siapa yang kenal dia, pasti tahu betapa ganasnya dia.

Xu Yi mencuri pandang pada bosnya, tapi tidak boleh mengagak emosinya dari matanya yang gelap.

Adakah bos… marah atau tidak?

Pada masa ini, Gu Yue Ze sedang menatap wanita yang berdiri di hadapannya. Seorang wanita yang dipenuhi dengan kebencian dan begitu sinis apabila berkata. Dia memberi amaran terakhir dengan kesabaran yang menipis. "Baik… baik! Memandangkan awak tak nak dengar nasihat saya, lain kali kalau awak menyesal, jangan salahkan saya kerana tak datang pada awak hari ini! Ye Wan Wan, saya sudah cuba yang terbaik untuk membantu awak!"

Ye Wan Wan mula tenang apabila kehadiran Gu Yue Ze telah hilang.

Adakah saya lulus ujian?

Angin Si Ye Han begitu berbahaya dan sukar diduga jadi Ye Wan Wan tidak berani untuk berharap pada keajaiban. Selepas menenangkan diri, dia masuk semula ke dalam rumah.

Sebaik sahaja dia masuk ke ruang tamu, suara yang cukup dikenali menembusi setiap pori di tubuhnya.

"Mari sini."

Di atas sofa, pandangan lelaki itu ibarat jaring, terbuka luas untuknya.

Ye Wan Wan membatukan diri.

Walaupun dia telah dilahirkan semula, ketakutan dia kepada lelaki ini masih tertanam dalam setiap tulangnya dan tidak pernah hilang.

Tapi, jika dia mahu mengubah nasibnya, dia perlu mengatasi ketakutan ini.

Ye Wan Wan menekadkan diri, menenangkan perasaannya dan dengan perlahan berjalan menuju ke arah lelaki itu…

Ketika dia semakin hampir, dia telah diangkat ke pangkuan lelaki itu dalam sekelip mata, diikuti dengan kesakitan mengejut di bibirnya--

Bibir nipis yang sejuk itu ditekan kejap ke bibirnya dan dihisap, tidak tersasar walau seinci…

Ye Wan tidak bergerak. Dia memaksa dirinya supaya tidak melawan untuk mengelak dari menaikkan kemarahan lelaki itu.

Dia tidak boleh menahan dari berfikir warna gincu yang dia gunakan hari ini lebih liar dari biasa; seperti bibirnya telah diracun. Adakah warna itu tidak menyakitkan mata dia? Bagaimana dia boleh menciumnya dengan begitu ghairah?

Dia berjumpa dengan Si Ye Han apabila dia berusia 18 tahun. Selama dua tahun, dia telah menyamarkan diri dengan pelbagai persona berbeza, dengan anggapan pasti salah satu akan menjijikkan dia.

Dia tidak akan menyeksa dirinya untuk kelihatan seperti ini jika dia tahu.

Selepas tanggapan itu, Ye Wan Wan tersedar.

Adakah dia mengelamun dalam pangkuan Si Ye Han?

Setelah dia tersedar, dia terkejut apabila terasa beban di lehernya. Si Ye Han memeluknya seperti bantal dan merehatkan kepalanya di lehernya. Nafas hangat yang mengenai lehernya, lebih panjang dan tetap.

Dia tertidur…

Bagaimana ini boleh terjadi!?

Ye Wan Wan tidak berani membuat bunyi sehingga setengah jam kemudian apabila Si Ye Han masih tidak bergerak. Dia berbisik, "Si Ye Han…?"

Tiada respon.

Dia memang telah tertidur!

Tidak jauh dari situ, Xu Yi yang risau berdiri di pagar. Dia menjadi saksi apa yang telah terjadi dan juga terkejut. Matanya terbuntang besar seperti dia telah melihat sesuatu yang tidak boleh dipercayai.

Ye Wan Wan juga kehairanan.

Dia masih lagi ingat bagaimana Si Ye Han mengalami insomnia yang teruk. Badannya lebih kuat menentang ubat dari orang biasa, jadi ubat tiada kesan kepadanya. Setiap kali dia hendak tidur, dia memerlukan psikologi professional untuk melakukan hipnotisme.

Lebih teruk dari itu, selain dari tidak normal, dia juga mempunyai sekatan psikologi yang kuat. Jadi, dia sangat susah untuk dipukau. Bila dia berada dalam mood yang teruk, hipnotisme langsung tidak berkesan.

Keluarga Si telah mengupah sebegitu banyak doktor terkenal untuk merawatnya, tapi masih tiada ubat.