Chereads / Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 10 - Mekap Untuk Kehodohannya

Chapter 10 - Mekap Untuk Kehodohannya

Jadi maksudnya, usaha Ye Wan Wan menyeksa dirinya selama ini hanya sia-sia.

Ye Wan Wan terasa seperti mahu mati!

Nasib baik kali ini, dia dapat tahu lebih awal atau dia akan jadi hodoh semula untuk sepanjang hidupnya.

Bermula hari ini, dia akan menghias dirinya secantik mungkin untuk mengganti semula kehodohan yang dia terpaksa lalui pada kehidupan sebelum ini.

"Kenapa? Ada masalah?"

"Tidak!" jawab Ye Wan Wan, terkilan.

"Oh…" lelaki itu ketawa kecil.

Ye Wan Wan melihat lelaki itu, ketakutan.

Riak wajah Si Ye Han yang sedang ketawa itu tidak mengerikan, ganas atau tanpa perasaan… Si Ye Han betul-betul ketawa.

Pada masa itu dia sedar, mood lelaki ini dalam keadaan sangat baik hari ini.

Adakah kerana dia dapat tidur yang cukup semalam?

Sebenarnya, sifat panas baran Si Ye Han itu sangat berkait rapat dengan insomnia; tiada siapa boleh tahan dengan gangguan tidur untuk jangka masa yang lama.

Semasa dia berfikir begitu, Ye Wan Wan mula tertanya.

Adakah dia patut ambil peluang ini untuk menyentuh isu itu, memandang dia dalam mood yang baik hari ini?

Semasa dia di tingkat bawah, dia menerima pesanan daripada ketua kelasnya meminta dia ke sekolah. Jika dia berterusan tidak hadir, dia mungkin akan dihukum atau dibuang.

Disebabkan keputusan yang teruk, Ye Wan Wan sudah terlewat 2 tahun dan dijangka tamat sekolah menengah di usia 20 tahun.

Dia teringat semasa kehidupan sebelumnya, dia hanya risau tentang satu perkara setiap hari, iaitu Gu Yue Ze.

Sebelum berjumpa Si Ye Han, dia obses dengan Gu Yue Ze. Selepas berjumpa Si Ye Han, dia terus berfikir bagaimana untuk kembali semula ke sisi Gu Yue Ze. Dia tidak berminat langsung untuk belajar.

Tidak lama selepas itu, dia tidak peduli langsung tentang kehadirannya di sekolah dan gagal dalam ujian kemasukan kolej. Pembelajaran dia ketika itu telah tertangguh sepenuhnya.

Kali ini, Ye Wan Wan tidak akan benarkan dia memusnahkan hidupnya sendiri seperti sebelum ini.

Kali ini, walaupun dia tidak dibenarkan keluar kerana cubaan melarikan diri seperti kehidupan sebelum ini, tetapi kali ini dia tidak lari bersama dengan Gu Yue Ze. Oleh itu, hubungan dia dengan Si Ye Han masih boleh diperbaiki dan masih ada ruang untuk pengurangan hukuman.

Ye Wan Wan menarik nafas dalam dan teragak-agak bertanya. "Boleh saya… pergi sekolah… esok?"

Sejurus sahaja soalannya tamat, tekanan di dalam rumah menurun mendadak dan lelaki itu kembali tiada perasaan.

Ye Wan Wan boleh mendengar degupan jantungnya sendiri. Saya masih tidak dibenarkan ke sekolah?

Walaupun dia tahu ia tidak semudah itu, Ye Wan Wan masih tidak boleh mengelak dari rasa kecewa. Wajahnya bertukar murung sambil merenung roti ban kegemarannya tanpa selera dan berkata perlahan, "Jika tidak boleh, lupakan saja."

Tetapi wajah Si Ye Han tidak menjadi lebih seronok, tetapi, menjadi lebih muram.

Ye Wan Wan tidak mahu menyakitkan hatinya lagi memandangkan hubungan mereka baru saja pulih. Jadi dengan cepat dia berkata, "Saya hanya tanya. Saya sudah tidak mahu pergi."

Si Ye Han terus senyap dan merenung mata suram gadis itu ditemani wajahnya yang panik. Melihat wajah gadis itu telah mengingatkan dia bagaimana kali terakhir ia terjadi, dan menyebabkan kemarahannya tidak boleh dikawal.

Ye Wan Wan menunjukkan muka tidak bersalah -- lelaki ini sangat sukar untuk digembirakan. Saya sudah cakap saya tak mahu pergi, jadi kenapa dia seperti mahu bunuh orang?