Xu Yi masih lagi dalam keadaan bingung apabila Ye Wan Wan berkata, "Bawa saya jumpa mereka!"
Ye Wan Wan berdiri dan terus berjalan ke arah pintu.
Apabila dia sudah separuh jalan keluar daripada pintu, dia berpaling dan merenung lelaki yang masih di atas katil, masih lagi risau. "Hari masih awal, pergi tidur balik."
Nada suara Si Ye Han seperti ada bayangan senyuman di sebaliknya. "En."
Xu Yi berdiri membatu dengan lama di situ sebelum sedar semula dan berlari anak untuk mengejar Ye Wan Wan.
Di belakang mereka, Si Ye Han melihat kelibat gadis itu yang semakin menjauh dengan perasaan lembut yang dia tidak pernah rasai sebelum ini.
Tidak lama selepas Ye Wan Wan keluar, kedengaran bunyi tapak kaki lembut memijak lantai.
Satu kelibat perak-putih sedang berjalan ke arah lelaki di atas katil itu dan berbaring di atas selimut di sebelah katil itu dengan lembut.