Selepas mendengar keadaan semasa Si Ye Han, hampir semua orang tua menyokong prosuder pemindahan organ itu.
Dengan saiz keluarga sebesar keluarga Si, mendapatkan bekalan organ untuk seumur hidup bukanlah suatu masalah kepada mereka. Apatah lagi satu atau dua organ.
Semua orang begitu asyik berbual berkenaan penyakit kritikal Si Ye Han dan bimbang apa akan berlaku jika dia tumbang daripada kuasanya, keluarga ini akan hancur dan bagaimana ia akan menjejaskan kepentingan mereka semua. Mereka hanya berfikir bagaimana untuk melanjutkan lagi hidup Si Ye Han dengan cepat.
Namun, tiada siapa mengambil kira sama ada tubuh lemah Si Ye Han boleh menanggung pembedahan berulang kali ini atau sama ada lelaki itu boleh menahan semua kesakitan itu.
Jadi, ini semua untuk apa? Dia boleh dapat hidup hanya untuk beberapa tahun sahaja.