Chapter 489 - Keadaan Kesihatan

Keesokan paginya.

Tiada siapa berada di sebelahnya ketika Ye Wan Wan bangun.

'Si Ye Han dah bangun ke?'

Ye Wan Wan melihat telefon bimbitnya dan sedar hari hampir menjengah ke waktu tengah hari. Oleh sebab dia tidak boleh tidur malam tadi, dia akhirnya telah bangun lewat.

Ye Wan Wan duduk sebentar di atas katil, menggosok matanya dan menapak turun.

Apabila dia melewati bilik belajar, Ye Wan Wan ternampak dua orang gaji berdiri di pintu dan berbisik sesama mereka.

"Awak pasti ke? Tuan ke-9 terus minum sebaik sahaja awak bawa masuk?"

"Betul. Tuan ke-9 tengah bekerja dan muka sumpah menakutkan. Dia mungkin ada masalah dengan kerja dia. Saya baru saja nak keluar balik dan datang kemudian. Tapi Tuan ke-9 panggil saya dan suruh saya bawa ubat tu. Dia terus minum sampai habis…"

"Tak mungkin! Bertuahnya awak!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS