Setelah hampir setengah hari diejek oleh Ye Wan Wan, Si Xia akhirnya berhenti bertengkar dengan gadis itu. Sebaliknya, dia terus mendiamkan diri dan aura luar biasa dapat dilihat keluar daripada tubuhnya.
Pemandu menghantar Si Xia pulang terlebih dahulu.
Selepas kereta berhenti, Ye Wan Wan mengeluarkan 100$ daripada sampul surat hadiah utama. "Mari sini anak buah sulung Mak cik, ini duit poket awak!"
Si Xia melihat 100$ yang dihulur Ye Wan Wan. Keningnya berkerut dan dia jelas sekali tersinggung olehnya, tapi dia masih mengambil duit berkenaan.
Dalam udara malam, Si Xia berdiri di luar kereta dan melirik kepada Si Ye Han dengan dingin sebelum menoleh semula kepada Ye Wan Wan. "Perempuan bodoh!"
Wajah Ye Wan Wan berubah gelap kerana lelaki itu memarahinya tanpa sebarang sebab. 'Budak ni memang nak kena!'